Saturday, 26 October 2013

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ~ Andai itu Suratan mereka

Assalamualaikum Wbt kepada semua pembaca yang dikasihi Allah Swt sekalian . Alhamdulillah jari jemari ini sekali lagi diberi peluang meneroka papan kekunci ini untuk mencoretkan sebuah bingkisan setelah agak lama tiada entri baru . 

Sebelum tu , Senyummmmmmmmmmmmmmm ..

Baru - baru ini dunia hiburan kita telah digemparkan dengan berita mengenai perkahwinan secara sembunyi antara aktor dan aktres terkenal yang bernaung dibawah Metrowealth International Group ( MIG ) iaitu Aeril Zafrel ( Suhairil sunari ) dan juga Wawa Zainal ( Nur Hawa Zainal Abidin ) . Pasti ramai peminat Aeril dan Wawa amat terkejut dengan perkhabaran tersebut .


Pelbagai spekulasi negatif timbul berikutan terbongkarnya pernikahan mereka berdua . Tidak kurang juga ada yang mencemuh dan menyalahkan mereka berdua atas apa yang berlaku . Ada yang mengatakan bahawa mereka terpaksa berkahwin secara senyap kerana pihak pengurusan mereka tidak membenarkan pelakon kecik molek itu mempunyai sebarang hubungan cinta selama dalam tempoh kontrak lakonannya belum tamat. Ada juga desas desus mengatakan mereka sudah pun mempunyai anak. 

Benar atau tidak mengenai spekulasi tersebut ? Biarlah kedua - dua pihak menyelesaikannya dengan sikap yang terbuka dan tanpa timbul sebarang pergaduhan kerana hal ini melibatkan maruah serta masa depan kedua - dua belah pihak . Perkara ini telah pun dijelaskan melalui sidang media yang telah diadakan beberapa hari yang lalu . Wawa zainal dan Aeril zafrel tampil membuat pengakuan dan menjelaskan isu sebenar mengenai apa yang telah berlaku.


Diharapkan segala penjelasan yang telah diberikan jelas membuka mata semua pihak mengenai apa yang telah berlaku . Allah itu sebaik - baik pengadil , maka biarkan segala urusan yang tersurat itu diadili oleh yang Esa . Siapalah kita ini sebagai manusia menghakimi yang lain . Sedangkan akhlak dan iman kita juga masih kurang timbangannya . 


Jodoh itu rahsia Allah . Ianya sudah jelas terlakar indah dalam kalam Allah iaitu Al Quran . Maka mengapa perlu ditimbulkan spekulasi yang mendatangkan kemudharatan kepada indusrti tempatan kita sendiri ? Andai sudah tertulis suratan jodoh antara mereka berdua , Alhamdulillah diucapkan . Tidak perlulah kita mengadili kesahihannya kerana janji Allah itu pasti . Wawa Zainal dan Aeril zafrel sama padan sama cantik , bagai pinang dibelah dua . Andai cinta yang wujud itu berlandaskan cinta kerana Allah maka In Sha Allah keberkatan hubungan antara mereka berdua atas keredhaanNYA juga . 


Ahmad Fakharuddin Attar . Cahaya mata Aeril zafrel dan Wawa zainal . Alhamdulillah Allah telah kurniakan pengikat kasih antara mereka . Diharapkan semua peminat Wawa dan aeril mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga . Diharapkan juga agar Wawa Zainal teruskan pemakaian hijab. Wawa dah pun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan anak , maka berubahlah sedikit demi sedikit menjadi muslimah yang sejati . Kecantikan sebenar itu lebih indah untuk tatapan yang halal sahaja . Sejuk mata memandang apabila melihat wawa memakai tudung . Didoakan agar terus istiqamah dalam mengejar redha Allah Swt . In Sha Allah .

Kepada semua pembaca diluar sana , disini aku kirimkan sedikit pesan nasihat . Bukan kerana baiknya akhlak aku , tetapi sebagai medium untuk aku berkongsi akan ilmu yang ada . Dunia ini sementara , segala yang kita miliki hanya pinjaman dari Allah . Jadi apa yang kita punya pada hari ini bukanlah milik kita . Jika dilihat pada perkara yang terjadi antara Aeril dan wawa , itu merupakan kisah perjalanan yang telah Allah pinjamkan kepada mereka . Mungkin kisah kita lebih baik susun aturnya . Jadi sebab itukah kita layaknya untuk mengadili ??? atau mungkin kisah yang Allah pinjamkan itu lebih kurang bernasib baik dari kisah mereka berdua . Jadi sebab itukah kita memahami ??? Islam itu mengajar kemurnian hati , maka hanya hati yang murni dapat menerimanya dengan hati yang terbuka . Pandanglah dalam lipatan sejarah hidup yang telah kita lalui , pasti terselit noda dan terpalit kehitaman , jadi mengapa kisah orang lain perlu kita caci makikan ??  Tepuk dada tanyalah selera pemikiran !

Hanya sekadar perkongsian .

Salam Kasih
Secebiscoretanhati .