Assalamualaikum Wbt ...
kepada semua kengkawan yang dirahmati allah sekalian
...
Senyum syikettt .... hehe ..
Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur pada yang ESA kerana
masih memberi kekuatan buat jemari2 rapuh ini untuk terus mencoret cebisan2
bingkisan untuk dikongsikan bersama .. Ngeeee ~
Orait, Apakah yang menjengah pemikiran korang sekarang?????? Sweet tak gambar nih ????
Haa ~ Topik aku pada kali ini mengenai kawin muda (tetiba je terfikir ).. Hmmm ,
why aku pilih this topic for my entry ?? Sebabnya senario sosial sekarang ramai
yang kawin awal .. seronok ke kawin awal ? dah bersedia ke nak pikul
tanggungjawab ? tak takut ke nanti dah tak popular macam dulu ? Hah, macam2 lah
soalan yang akan menerjah pawagam minda korang bila orang sekeliling dapat tahu
..
I'm telling you right now (okay aku dah start speaking)
..haha .. Seriously apa yang korang nak takutkan bila kawin awal ni ..Allah dah
beri pengiktirafan terbaik bagi mereka yang kawin awal supaya mereka dapat
menambah pahala dalam melayari bahtera rumah tangga kelak .. Banyak kebaikan
yang dijanjikan bila sebuah masjid dibina melalui penyatuan dua hati dalam satu ikatan murni ...haha ..(rasa nak kawin pulok) amboi ~ ..hehe
Rasulullah Saw juga ada menjelaskan di dalam hadithnya yang
bermaksudkan : " Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah
remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki
yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah
kamu menikahkannya ."
dan
وأنكحوا
الأيامى منكم والصالحين من
عبادكم وامائكم ان يكونوا
فقراءيغنهم الله من فضله
والله واسع عليم
Maksud firman Allah SWT : “ Dan kahwinlah orang-orang bujang
diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka
dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui ”.
Haa tengok tuh betapa islam itu indah sehingga menggalakan pasangan muda mudi agar mengikat tali kebahagiaan dalam bahtera rumah tangga yang bahagia.. Jangan takut kalau mungkin tahap kewangan sedikit goyah .. Ye mungkin semua orang nak dah betul2 berduit baru masjid itu perlu dibina ..Tapi tahukah korang bahawasanya janji Allah itu benar .. Rezeki tu allah akan beri kepada hambanya yang taat mengikuti suruhannya dan meninggalkan larangannya .. In Sha Allah ..
When kawin awal nilah kan , dapat menghindarkan diri daripada gejala maksiat .. Korang faham2 jelah usia remaja kita ni , darah manis ..Segala menda nak di cuba , better kawin daripada melakukan maksiat ..Sedangkan tidak terkira pahala yang dapat di kumpulkan .. Aku ni tak naklah cakap banyak pasal agama nih , aku bukan ustazah yang lunak bila berbicara , bukan ustaz yang pandai melontar kata , bukan ulama yang disegani alam semesta , tapi hanya manusia yang cuba mencari Nur dan redha dari NYA ..
Okay , aku ni sibuk dok cakap pasal kawin awal ni, aku ni dah bersedia ke ??? Sejujurnya In Sha Allah dah ..haha ..Tapi sedang mencari lagi titik kekhilafan agar kekurangan diri ini dapat diperbaiki ..Yelahkan bila kita nak mendirikan masjid ni bukan untuk jangka masa yang singkat .. tapi untuk selamanya hingga ke jannah yang diredhai Allah SWT ..Maka wahai gadis2 di luar sana persiapkanlah dirimu dengan kelengkapan seorang wanita kerana wanita ni perhiasan dunia ..Jika molek tatarias serta ahklaknya maka In Sha Allah dalamannya juga baik ..
Wanita engkau perhiasan dunia
Jagalah akhlakmu jangan dijaja
Simpanlah hatimu hanya untuk si Dia
Suami dengan erti kata sebenarnya
~ SEKIAN ~
Salam Kasih
dari
secebisbingkisanhati
No comments:
Post a Comment