Thursday, 15 May 2014

Disebalik Titian Usang

Laut biru.
Mungkin itu yang kau tahu.
Tapi realitinya tidak begitu.
Awan yang setia membantu.
Tanpa ia fikir tiada namanya terpahat dalam buku.
Tapi ia tetap melemparkan tempias biru.
Biar damai tiap mata yang menjamu.
............................................................................
Hahh! Agak2lah kan apa maksud yang tersirat tuh? Cer basuh otak2 keme tu. Huhu. 
Ia persis tingkat kehidupan kita.
Manusia ni tak akan sedar bahawa setiap kejayaan yang diperoleh adalah ihsan doa dari orang lain terutamanya ibu kita. Hargai setiap nikmat yang Allah hidangkan kerana tiada yang kekal dalam dunia ini. Justeru itu hargai setiap perkara yang tiba.
Selamat petang semua. 

Wednesday, 14 May 2014

Duniawi yang konon HAVOC! Oppss


Wut wut. Selamat tengahari sahabat sekalian. Alhamdulillah atas segala rahmat dari Allah azza wajalla. Jom kita ucap syukur. Tak rugi pon uollz.  

Orait memandangkan aku ni dah lama tak mengarang. So In Shaa Allah will start again . Al maklumlah Sekarang aku sedang semester break gituuu. Banyaklah benda nak diuruskan. Tak menang tangan jugak. Acah2 ahli koprat busy gituuu. 

Aipppp aipppp aku tak nak membebel panjang2, so just straight to the point okay.

..............................................................

Nikmat yang terhidang.
DIA bancuh dengan dengan cita dan cintaNYA.
Bukan bersahaja tanpa tuju.
Bukan macam kau pakai mekap tebal-tebal.
Sarung kain tak cukup inci.
Pergi tayang muka kau kat Pavi.
Tak punya tujuan!
Alaf milenium kini memang havoc kononnya.
Satu tingkat transformasi ketamadunan.
Kerna aku, kau, mereka dan kita tidak hidup dalam kejahilan senja tanpa sebarang corak perubahan.
Tapi bila yang terhidang dalam lipatan kini.
Bezanya punya banyak aib yang terereksi dari santun yang kau kunci kuat buat benteng diri.
Sebenarnya konsep tu salah.
Harga kedamaian hidup yang konon kau punya segala salah kau bubuh bahan adunannya.
Macam capaian tingkat modenisasi yang perlu sentuhan meditasi baru.
Sedangkan yang kau buat transaksi tunai yang bawa kau dalam kotak kesesatan yang tak berpenghujung.

...................................................

" Fabiayyi alaa 'iraabikumaa tukadzdzibaann "

Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Tanyalah diri. Sesungguhnya Allah merancang dengan cita Dan CintaNYA. Hidup di alaf modenisasi ini dugaannya lagi hebat. Kerana mungkin kita akan tersesat dalam arus kejahilan yang deras. Jagalah hubungan kita dengan Allah. In Sha Allah.

Aku kembali

Allahu rabbi. Rasanya dah lama benar tak mengupdate entri kat laman kesayangan aku ni. Terlalu banyak perkara yang diutamakan dulu. Alhamdulillah sekarang ada sedikit kelapangan waktu. 

Tidak perlu hati kau meneka.
Bukan kerdipnya bagai bintang dilangit.
Bukan cahayanya bagai bulan yang bersinar.
Tiada pinta tiap kotak hati supaya ditelan bait barisnya.
Cukup kau santap buat jamu mata.
Cukuplah.
Tiada daya diluah dalam bicara.
Biar tinta jemari merangka kata.  

Rindu be be no nak menaip panjang2. Mungkjn entri2 after this lebih mature sikit gituuuu penulisannya ye sayang2 semua. In Sha Allah perubahan yang lebih baik.

Thursday, 6 March 2014

Bisik yang bertandang

 ~ Assalamualaikum ~

........................................

Liku aku
Belum ada lurus
Masih bersimpang laluannya
Aku tunggu
Terkadang aku keluh sendiri
Penat !
Letih !
Aku merenung kejap
Nun sudut dunia
Isinya bercampur baur
Aku berfikir
Masih tidak mengertikah diri ?
Nikmat itu besar
Tapi mengapa bibir kau tidak buka ?
" Alhamdulillah " itu ringan
Tapi kenapa kau tak bisa sebut ?
Apa lagi yang kau mahu ?



Aku tersedar
Terkadang senang itu jahat
Buat kau lupa
Pada Sang Pencipta
Buat kau lebih menyanjung dunia
Tanpa menyedari
Akhirat menginjak pasti
Biar tarbiyah sering bertandang
Agar kau belajar menghargai
Biar kau sedar
Cinta Allah itu hakiki

..........................................................



Saturday, 22 February 2014

Saat itu ~ Aku dan Kematian

Assalamualaikum Wbt sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian .. Alhamdulillah masih diberi kesempatan buat jemari ini masih gagah merangka langkah mengatur bait kata .. Syukur Alhamdulillah ..

..............................


Kematian itu suatu yang pasti !

...................................

22.2.2014 .. Tarikh yang akan aku semat kukuh dalam lipatan sejarah hidup ini .. Mungkin saja pada ketika itu merupakan waktu terakhir yang Allah Swt berikan kepada aku untuk menikmati cebisan sisa kehidupan ini .. 

Buat pertama kalinya aku terlibat dalam satu eksiden .. Puas aku berfikir akan saat itu tiba.. Bagaimana gamaknya kejadian eksiden yang bakal aku tempuhi? Teruk atau tidak? Satu persatu berlayar diingatan aku .. Hari ini Allah menjawab persoalan aku .. 

Bagai kematian itu berada tepat dihadapan aku, sehingga bibir kelu untuk mengatur kata .. Sungguh aku tak duga bakal terlibat dengan eksiden petang tadi saat pulang dari perhentiaan bas mengambil sahabat aku untuk pulang ke kampus .. 


Kemalangan yang menimpa diri aku tadi membuka mata hati ini untuk berfikir sejenak bahawa itu merupakan peringatan daripada Allah bahawa saat kematian itu berkunjung tanpa di duga .. Sudah terlalu banyak kes yang menyatakan bahawa seseorang individu itu sihat wal afiat fizikalnya, namun pergi menghadap Illahi dengan tiba-tiba .. 

Peringatan daripada Allah untuk aku tersedar agar tidak terus hanyut dalam landasan yang di pagari nafsu keinginan melebihkan duniawi daripada akhirat ..

........................

Kereta viva putih susu meluncur di atas jambatan dengan keadaan trafik yang agak sesak .. Kami bertiga berborak - borak mengenai tempat yang ingin dituju sebelum pulang ke kampus .. Kemudian sebuah kereta Proton Suprema memotong laju laluan kami .. 

Tiba-tiba kereta tersebut brek mengejut ..

" Mas, brek Mas " Ujar Elly yang berada di seat belakang ..

Sesaat mata aku memandang kereta proton tersebut yang berada lebih kurang 20 M dari kereta yang kami naiki ... 

" Ganggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg "

Aku bagai berada di awang-awangan , dengan asap yang memenuhi ruang hadapan kereta .. Aku rasa macam berada di alam lain je .. Mungkin saat itu aku dah meninggal .. Sesaat sahaja segalanya berlaku .. Sunyi sepi antara kami .. Aku melihat Mas di kerusi pemandu .. Diam tak terkutik .. Asap penuh .. Dada aku tiba2 terasa sakit .. Air bag tak berfungsi dengan baik, hingga mendorong aku terhenyak didashboard .. Untung sahaja bukan hentakan yang kuat ..

" Keluar-keluar, asap " Jerit Elly yang tiba2 bersuara dari belakang ..

Aku tersedar lalu segera membuka pintu kereta, namun langkahku untuk lari terhenti kerana seatbelt memaku aku untuk terus duduk dikerusi .. Segera aku meleraikannya lalu keluar .. 

Keadaan kereta tak payah kabooo , remuk habis .. Aku panik .. Dada yang sakit aku lupa, kereta remuk yang aku pandang, terlibat dengan kemalangan antara tiga buah kereta dan kereta kami merupakan kereta yang terakhir .. Agak menakutkan .. Mujur sahaja ada insan yang berhati mulia datang membantu dalam kesesakan manusia yang hanya mampu melihat dan berlalu tanpa menghulurkan sebarang pertolongan .. Semoga Allah merahmati saudara yang menolong kami tadi ..

.........................................


Saat kematian merupakan saat yang paling hampir dengan setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini .. Allahu Rabbi .. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang buat diri ini masih menghirup udara yang segar .. Syukur Alhamdulillah .. 


Ingatlah akan setiap nikmat waktu lapang dan nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan seketika kepada kita, sesaat sahaja Allah boleh mengambilnya kembali .. 

Terasa bagai mati hidup semula .. Alhamdullilah tiada luka parah yang kami alami .. Bersyukur tidak terhingga .. 

~ Setiap yang hidup pasti akan mati ~

Sejauh mana amalan kita sudah mencukupi ? Sentiasalah mengingati mati, agar kita tidak leka dengan hiburan dunia semata-mata ..

~ Aku bersyukur aku masih bernafas ~

Peringatan daripada Allah Swt



Friday, 21 February 2014

Tapi Khilaf ku cuma Manusia ..

................................

Suara berbisik
Pandangan diutara
Bibir mengukir kata
Akal fikiran menerawang membolosi jendela
Hati menidakkan segalanya
Hanya kesabaran dapat dipinta
Tanpa sebarang jahatnya prasangka

.................

Tapi khilafku cuma manusia biasa
Terkadang amarah bermaharajalela
Hingga tidak jelas butir bicara
Beserta esak tusuk di dada
Waras akal sentiasa mencuba
Agar hati ini dikurnia secebis rasa
Untuk cuba melupakan segalanya
Ku berharap pedoman diakhirnya
Tidak sekali tersia begitu saja 

...................

Duhai Hati ...

.....................

Andai hati ini hanya sehelai kain
Mana mungkin aku mencariknya
Atau biarkan ia terbang merata
Kerana nilainya sangat berharga
Walau emas gadainya tak sama
Sungguh galang gantinya tiada

...............

Hati adakah engkau tahu
Iman kau mudah rapuh
Bagai kering debu di pantai
Andai pagarnya lemah
Mungkin kau ditiup melayang
Namun andai kuat kau paku
Usah bergoyang walau taufan yang datang

...........................



Diantara ...

Assalamualaikum Wbt cinta sekalian .. Alhamdulillah atas segala limpah dan rahmatNya ..

........................................................................


.. Pertama singgah ..
Perasaan itu bukan mudah
Sudah ditepis 
Galaknya menyeringai 
Kuatnya menyapa
Terhanyut terus
Tanpa bongkah tahan
Apakah nasib?
Untung sahaja terkadang fikir
Hanya menaruh
Dalam gelita
Tanpa dia sedar
Ada kelip cahaya di sayap kecil ini
Sahaja aku pencilkan
Walau sakit tusuk rasanya
Tapi ... 
Kulit tiada luka 
Mula berdarah
Hati tertanya-tanya
Sampai hati kau
Perlakukan aku begini
Mengkhianati erti teman sejati
Konon agama kau ungkapkan
Tapi belakang kau bermain durja
Dengan si Dia si singgah pertama
Aku terluka

Bukan berhari
Bukan berminggu
Bukan berbulan
Tapi bertahun rasa itu menghantui
Aku cuba kuat sendiri
Tanpa kau perasan ada titis mutiara
kerana aku kuat pertahan
Sahabat pertama sebelum hati
Hari meniti hari 
Aku pasrah sendiri
Membuat aku matang 
menilai anatara suci yang tulus
atau suci yang berdebu

.. Beruang serombong ..
Kejapnya waktu
Menyapa hari
Kini aku sudah keluar
Nun disini mengejar ilmu
Mulaku gementar
Takut ada parut kembali
Rupanya sudah menunggu
Masih baru 
Tapi hati manusia
Tak mampu berdusta tipu
Terhanyut
Nasib mendung bertukar panas
Rasa yang singgah 
Cuma sebentar
Tanpa parut yang tersisa ..

.. Botek bahhh ..
Ungkap bagai angin
Terkadang sayup
Kerdip itu aku hanyut
Cantik lirikannya
Puas aku pujuk
Sudah disogok perit sakit
Reda seminit dua
Ghairah kembali meronta
Makhluk punya hati
Membiar gumpal darah merah 
Kembali terluka
Tapi ..
Puas kuat di tepis
Datang berputar kembali
Pasrah
Aku terluka lagi
Rela sendiri
Waktu mencuci segala
Kini bersih ..

.. Senyum cakap bolop ..
Gerimis mengundang
Tertawan dalam sangkar sendiri
Rapat selalu
Hingga tubir sering menjeling
Aku harap tak bergenang
Siksa sendiri
Hidup juangnya bagai mengerti
Akan sekeping perasaan 
Tapi sayang
Ada mentari berjubah
Sudah menggari kudusnya
Mahu dibanding kita
Jauh beza jurang 
Aku tersedar sendiri
Tidak perlu bergantung
Pada sesuatu yang tidakpasti
Biar aku sendiri
Merawat segala liku curam
Mendekati Rabbul Izzah yang hakiki
Mencari sinar yang pasti
Memagar tembok Iman duniawi ..

Ragbi nun jauh ????????????????????????????????

..............................................................

Berharap waktu merawat segala luka silam .. Walau parutnya tersisa .. Aku pasrah .. Biar ia menjadi pedoman untuk aku menjadi manusia yang lebih baik .. In Sha Allah ..

Friday, 7 February 2014

Madah Buaian Jiwa ..


Manusia andai kau tahu
Liku itu sahabat terdekatmu
Akal cetek mungkin buntu
Hadapilah dengan ilmu

Sengsara mungkin duka
Tapi tak bererti tidak bahagia
Lembaran baru perlu kau buka
Agar bait kata berangkai cinta

Ketawa panggilnya ubat segala
Biar tertutup roman derita
 Jangan biar mereka meneka
Bahagia itu milik siapa


Terkadang salah jadi pilihan
Hati meronta jiwa terkilan
Bukan niat sandiwara mainan
Akal buntu dinodai keinginan

Bila Aku Kata ..

Bila aku kataaaaa
Aku ingin berubah
Jangan ditanya ayat bermadah
Jangan diejek keji tak sudah
Kerna itu petunjuk dan hidayah
Yang datang tanpa jemu dan lelah
Mengharap ada hati yang pasrah
Sebelum mata layu tertutup lelah
Dengan sekujur tubuh yang lemah

Bila aku kataaaa
Aku sedang berubah
Jangan diungkit silam yang berdarah
Jangan dicela pembaharuan yang mudah
Kerna aku insan yang sentiasa melakukan salah
Yang mengharap dunia mengerti bukan pasrah
Sebelum mutiara jernih tak mampu ditadah
Kelak diri dibakar panas tak sudah


 ~ SEKIAN~

Sandiwara Pemilik Rusuk ?


Roman kau
Mana tahan aku lihat
Terkadang bersahaja ketat
Mutiara kau
Memang luruh tak bertempat
Ingin ditadah tidak sempat
Senyum kau
Entah ada sakit kesumat
Entah bahagia kau telan lumat
Bait kau
Hadam biar mana sempat
Jangan nanti diri terlompat

# Izinkan aku bermain kata #


Sunday, 2 February 2014

Pok Cik Teksi Menyentuh Qalbu???

Assalamualaikum Wbt Cinta - cinta sekalian .. Alhamdulillah dah berakhir cuti raya cina .. Now dah pon ada di kampus tercinta .. Ohhhh kampus sweet kampus ! Areiiiii .. Sweet sangat tau .. Hihik ..

Actually nak cerita nih, dalam pukul 4 pagi tadi sampai kat perhentian bas KT .. So bila turun tu berebut2 lah pakcik - pakcik teksi " menjual minyak " a.k.a merebut pelanggan teksinya .. 

" Adik, nak pergi mana? Dah ada orang yang tunggu ke? " Tanya seorang pakcik teksi kepada aku ..

" Hmmm, nanti dulu pakcik " Jawab aku endah tak endah sambil mengeluarkan luggage dari perut bas .. ( dengan mamai - mamai untanya sampai terjatuh ke jalan luggage aku ) ..

" Adik nak naik teksi, dik ? " Pak cik teksi tadi bertanyakan lagi soalan pada aku, sedangkan pakcik teksi yang lain dah berputus asa dan beredar ..

Jam ditangan aku lihat. Dah pukul 4 pagi .. Takkanlah nak tunggu sini sampai hari cerah .. Perhentian bas pon nampak sunyi sepi je .. Aku dengan Ika pon bersetuju nak pulang ke asrama terus ..

" Boleh hantar ke Umt? " Soal aku kepasa pak cik teksi tadi .. 

" Boleh2 .. Asrama ke rumah sewa, dik? " 

" Asrama , pakcik " Jawab aku ringkas .

Pakcik tadi pon menuju ke arah teksi dia .. Dia angkatkan beg kami berdua .. 

Sebenarnya aku pon seram sejuk je kalau naik teksi ni .. Yelah kan .. Kita tak boleh nak expect apa yang bakal terjadi .. Nak2 pulak subuh2 gitu .. Jalan lengang .. Gelap pulak tu ..Dalam fikiran aku dah berandai macam2 .. 

Aku naik teksi dulu .. Duduk kat depan .. Then pakcik tu pon masuk .. " Allahu akhbar " Ayat pertama yang terpancul dari bibir pakcik teksi tuh ..

Pengenalan diri pemandu yang terlekat di dashboard kereta di hadapanku dipandang sekilas .. Sohaimi namanya .. Dari raut wajah mungkin pakcik ni berusia dalam 40 an .. Fizikalnya nampak tegap lagi .. 

" Anak ni dari mana? " Soal pakcik Sohaimi ..

" Dari Johor, pakcik " Ringkas jawab aku .. 

" Jauh datang belajar, belajar baik2 .. Anak pakcik pon ada yang baru tamat Spm dan Stpm .. Tu pon tunggu result keluar . Tak tahu lagi mana nak pergi .. " Ramah pakcik tadi mencipta perbualan dengan aku .. 

" Ohhh, yeke? Tunggu keputusan macam mana .. Tengok apa yang dia minat .. Masuk Umt tu pon bagus jugak .. Dekat sikit " Jawab aku yang mati kutu sebenarnya .. Tak tahu nak cakap apa .. 

" Tulah anak pakcik ni minat nak jadi cikgu .. Dia nak sambung kat UPSI katanya. Tengok keputusanlah nanti . Lagipon orang sekarang belajar kena ambil kos yang betul2 .. Bukan main hentam je .. Nanti nak cari kerja susah .. Hutang Ptptn lagi .. Banyak benda kena fikir " Jawapan yang terpancul dari pakcik ni menjentik sejenak pemikiran aku..

Memang betul apa yang dia cakap. Orang sekarang ni janji masuk u, kos apa dah tak kisah dah .. Janji orang tahu kononnya diri tu masuk pusat pengajian tinggi .. Dapat Ptptn lagi .. Tapi pernah tak dorang terfikir halatuju masa depan dorang? Adakah kos yang diambil bersesuaian dengan lapangan kerja yang ditawarkan di Malaysia ni? Berapa puluh ribu pelajar yang dah bergraduate tapi masih lagi menganggur sebab tak ada peluang kerja ? Merisaukan jugak ..

" Sekarang ni, nak belajar ni banyak pakai duit .. Anak pakcik yang tingkatan 4 sekarang masuk sekolah teknik. Baru daftar bulan 1 haritu. Minat sangat dia nak masuk sana
. Pergi beli barang2 keperluan dia baju berkolar lah. Yang macam anak beli sebelum masuk Umt tu. Habislah dalam rm 200 "

" Bila masuk daftar kena lagi nak dekat rm300 beli bajunya, bukunya " Sambung pak cik Sohaimi lagi .. 

" Ni pagi kejap lagi pakcik nak kena hantar duit lagi. Cikgu dia suruh beli perkakasan melukis pulak .. Rm 120 .. Ni pakcik keluar pagi2 ni, tengahari nanti kena pergi sekolah bayar " 

Kata - kata pakcik tu betul2 menyentuh hati aku .. Di awal jam 4 pagi saat orang lain lena di ulit mimpi indah , berselimutkan toto yang gebu, beralaskan tilam yang empuk, Pakcik Sohaimi bersengkang mata mencari penumpang .. Hanya untuk menambah duit poketnya untuk membayar yuran perkakasan sekolah anaknya. Betapa kuat kasih sayang seorang ayah. 

Aku berfikir lagi .. Kalaulah aku tak naik teksi pakcik ni , dapatkah dia pelanggan yang lain? .Dapatkah dia membayar duit anak dia? Bersungguh dan tak jemu pakcik Sohaimi saat menawarkan teksinya untuk dinaiki tadi .. Saat yang lain dah berundur pergi .. Allahu akhbar .. Kasih sayang seorang ayah ..

Aku berdoa semoga pak cik Sohaimi dimurahkan rezekinya dan dipermudahkan segala urusan hidupnya .. Aminnnn .. In Sha Allah .. 

Pernahkah kita terfikir, selama ni kasih sayang seorang ibu je di agung-agungkan .. Kasih sayang ayah? Kadang-kadang je kita dengar .. Alhamdulillah hari ini Allah tunjukkan depan mata aku nilai kasih sayang seorang ayah .. Sanggup bersengkang mata, berpanas, berhujan, hanya semata- mata untuk menyara keluarga .. 

Tiada hiraunya cakap2 manusia. Tiada endahnya pandangan semesta..Tiada risaunya panas hujan yang tiba .. Hanya senyuman keluarga yang didamba nyata .. 

Ayah
Roman kau seteguh gunung yang berpaksikan alam
Tegap kau bukan calang lawannya sembarang
Bait kau biar di hadam jangan dipendam
Mata kau redupnya simpan seribu sayu yang dalam 

~ Sekian ~
 # Motivasi diri bersama #

Saturday, 25 January 2014

Madah cakerawala mata merah ..


Ketawa galak memang daebak
Aisyhhhh hati bagai nak rabak
Senyum kelat macam nak berak
Memang sengal punya budak

Muka kau baik depan semua
Belakang setan jangan cerita
Pandai bermuka otai gila
Tersedak nanti jangan sangka

Jangan leka jangan terpedaya
Mulut manis memang melata
Canang bagai tak ingat dunia
Fikir diri macam layak syurga

Lelaki perempuan duduk berdua
Tangan meraba merata – rata
Hei perempuan malu kau letak mana
  Dibiar sentuh tak berharga

Tiang agama kau tinggal selalu
Bajet baik padahal merapu
Sudahlah orang kau canang melulu
Macam bagus mati tak mahu

                          Suruh diam jangan bercakap
Aku kail duri kau dapat siakap
Kalau macam tulah kau punya sikap
Baik aku pergi terjun tingkap

#Mood bermain kata#
~ Mohon jangan terasa ~

Friday, 24 January 2014

Cuti time ~ Home sweet Home

Assalamualaikum Wbt and wut wut everybody .. Alhamdulillah sekarang dah ada kat kampung tercinta lagi terkasih ( Ketermelampauan hiperbola ) # Cetttttt # Huhu .. Safely arrived jam 3.40 pagi tadi .. Agak menyeramkan bila drop pepagi buta gitu, tapi nasib baiklah ibunda tercinta setia menunggu depan rumah .. Harhar .. I Love You Ibu ..

Ohhhhh, just a few hours berpisah dengan ' roomates ' and ' batchmates ' dah terasa bahang kesedihannya .. I'm really miss you all damn much .. Hok alohhhhhh .. One week terasa macam one year .. Hihik .. Apedahhhhhh..

 So .. Dah ada kat kampung halaman tercinta nih, terlalu banyak plan yang dah dirangka .. Hanya menunggu keberhasilannya jep .. Nama pon cuti, so kita cuti betul2 .. Dah naik cuti, busy memanjang .. Can't wait untuk berjimba lambak dengan kengkawan lama .. 

Nak tengok cerita puas2, ( Biaq sampai habis juling bijik mata ) .. Makan masakan ibu puas2 ( Hah, nilah masalahnya ,macam mana tak bambam ) Aisyhhhhh .. Rempit puas2 ( My hubby, akan ku tunggangmu dengan penuh berhemah lagi berhati2 ) .. Jalan puas2 ( Biar sampai terkehel urat2 kaki ) .. Dan semestinya jari jemari ini aktif lagi bertenaga untuk menaip dan melukis ( Biaq p reput depa ) ..

Hah, banyak betoi nak dibuat dalam cuti seminggu nih .. Yelah nak balik bukannya selalu, jauh pulak tuh .. Nasiblah .. Nak study ikan punya pasai .. Betapa nikmatnya dapat layan astro, dapat landing melanding, dapat buat segala-galanya .. Aishhhhh, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain kan .. Ape pon tak bolehhhh ..

Oraittttt, alang-alang ada kat kampung nih , I want to find the real of me .. Hah, tudiaaaa , Being lost in dark .. Ape ceritalah wahai diri, hanya mampu berdoa agar iman tak mudah goyah tak bertepi .. Agar jasad ini tak berduka sendiri .. ( Dok tepi pantai nih, best jugak ) Hihikkkkk .. 

Andai hati gagah pertiwi
Mana mungkin tersadung duri
Bukan diri merelakan terjadi
Hadirnya tanpa undang saji

Bukan derita yang dicari
Tidak mungkin hati dilukai
Hanya terleka dalam meniti
Jalan cerah mendung sendiri

~ SEKIAN ~


Saturday, 18 January 2014

Bicara Bungkam Sangkut

Wut wut , Assalamualaikum Wbt ladies and gentleman .. Aisyhhhhh, one week left wanna back to kampung tercinta .. Never felt like this before, selalu rasa malas balik ... But, this time menghitung hari je kerjanya .. Perhaps, nilah perasaan yang member2 aku rasa agaknya .. Yeayhhhh, I think so .. Quite long time tak mencoret nih , busy sebenor benornya .. Seriously, demam sangkut sekarang .. Tak dikenal pasti apa pesen demam nih .. Macam jadi tak jadi je .. Anti body pon gagah and gemalai je habaq hang ..

Uarghhhhhhhh , nak balik .. Sob sob .. I'm really miss home, everything ! Ibu janji nak masak lauk peveret aku , Ikan keli masak berlada .. Aduihhhhh, sadis kecur ayaq lioq .. Apalah nasib badan oi .. Memang bicara bungkam sesangkut sungguh ..

Lately nih, hobi lama datang bertandang menjengah persepsi cakerawala ambe ..


Taraaaaaa .. Melukis habaq hang .. After very long time tak melukis, so this is the first picture yang aku draw untuk tahun 2014 nih .. 


Entah apa lah mood aku an .. Sometimes, bicara tak mampu diluah melalui kata-kata .. Mungkin, lukisan mampu menggambarkan isi hati .. Kuang kuang kuang ..


Nak lukis banyak2 jadi masterpiece pon bolehhhhhhh .... La Tahzan ..


Sponge bob ! 


Tu diaaaa , bik punya landinggggg .. Awat mata layu ja En Garfield ?? # Perut kenyang ter #


Hello , anybody there ?? Mickey's here ..


Yes, Mickey .. Uka Run here :D


Hi, titew do-rae-mon bambam .. Actually an, gambar titew ni tak complete lagi .. Cebab Uka Run lupa nak lukis .. Cer teka apa benda tuhhhhh ??? Dapat teka , titew bagi coki-coki .. Huhu ..


Eleyhhhhh , poyo ar Dorae bambam tuh .. Nak berteka tekot bagai .. Look me .. Am I too cute and adorable ??? Relax man .. 

Huhu .. Orait .. So far tu jelah gambar yang aku lukis .. Nanti ada masa aku lukis lagi .. One week left, struggle mesti .. After dah tukar new lecturer ni .. Saat kekuliah menjadi mimpi yang menakutkan .. Lecturer chemistry aku agak tidak boleh dibawa berbincang .. So, need to be careful .. Test ekonomi and kuiz Bio menyusul this week .. ketepuan pemikiran sudah terdetect berada di skala bungkam dan sangkut ..Memerlukan rehat dan cuti dengan kadar segera .. Tiket bas aku dok melambai - lambai dah tu .. Tv and piring astro rumah aku dah berjoget - joget zapin tuh .. Hubby aku dah bershuffle kat rumah tu minta dirempit kan .. Haiyaaaa , jasad jelah kat U nih, hati aku dah berkelana kat umah sana .. 

Aiyoyo , test Statistic lagi mengharukan segala urat saraf aku .. Ketensionmurungan melanda !!! Disebabkan rasa yang tak sesabar nak balik .. Aku dah packed siap2 luggage aku .. Amek nak, cuti seminggu je, bawak luggage habaq hang .. Bukan apa , aku bawak segala barang and baju yangdah tak diperlukan lagi .. Nanti balik sini kosonglah .. Senang sikit nanti nak cuti sem .. Dah lah aku ni perantau dengan erti kata sebenar benarnya .. 


Jeng jeng .. Nak bagitahu nih, selain dari melukis , aku pon mengisi kekosongan hidup nih dengan membaca .. Hah, yang novel Eksperimen Cinta tu best sesangat .. Serious .. Memang super duper .. Rugi tak baca .. Tebal memang tebal .. Yang penting enjoy !! Hah, yang sebelah tu Jadilah Wanita yang Paling Bahagia .. Kadang2 jiwa kita pon perlukan pembacaan bercorak ilmiah ni .. So, sebagai seorang wanita , bacalah buku nih .. Banyak pengajaran yang boleh diambil..   


Banyak lagi sebenarnya buku .. Tapi tak habis baca lagi .. Al maklumlah .. Busy katakan .. Persediaan sebelum menjejakkan kaki ke fasa yang lebih matang .. Hamboiiiiiiiiiii ... Hehe .. Biasalah  hidup kita ni mesti ada perancangan dan corak haluan yang akan kita susuri kelak .. Just want to be the best for my future .. Everyone deserve too .. Kalau merasa lapar kita nak makanan supaya kenyang, so kalau rasa inginkan sesuatu yang bermanfaat, bacalah buku ilmiah sebagai makanan untuk minda kita .. In Sha Allah dipermudahkan .. 

Sekian .....

Senyum dan tawa tanda bahagia
Terkadang jiwa tak mampu berbicara
Jangan diduga hati manusia
Bungkam derita tak kenal siapa