Saturday, 22 February 2014

Saat itu ~ Aku dan Kematian

Assalamualaikum Wbt sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian .. Alhamdulillah masih diberi kesempatan buat jemari ini masih gagah merangka langkah mengatur bait kata .. Syukur Alhamdulillah ..

..............................


Kematian itu suatu yang pasti !

...................................

22.2.2014 .. Tarikh yang akan aku semat kukuh dalam lipatan sejarah hidup ini .. Mungkin saja pada ketika itu merupakan waktu terakhir yang Allah Swt berikan kepada aku untuk menikmati cebisan sisa kehidupan ini .. 

Buat pertama kalinya aku terlibat dalam satu eksiden .. Puas aku berfikir akan saat itu tiba.. Bagaimana gamaknya kejadian eksiden yang bakal aku tempuhi? Teruk atau tidak? Satu persatu berlayar diingatan aku .. Hari ini Allah menjawab persoalan aku .. 

Bagai kematian itu berada tepat dihadapan aku, sehingga bibir kelu untuk mengatur kata .. Sungguh aku tak duga bakal terlibat dengan eksiden petang tadi saat pulang dari perhentiaan bas mengambil sahabat aku untuk pulang ke kampus .. 


Kemalangan yang menimpa diri aku tadi membuka mata hati ini untuk berfikir sejenak bahawa itu merupakan peringatan daripada Allah bahawa saat kematian itu berkunjung tanpa di duga .. Sudah terlalu banyak kes yang menyatakan bahawa seseorang individu itu sihat wal afiat fizikalnya, namun pergi menghadap Illahi dengan tiba-tiba .. 

Peringatan daripada Allah untuk aku tersedar agar tidak terus hanyut dalam landasan yang di pagari nafsu keinginan melebihkan duniawi daripada akhirat ..

........................

Kereta viva putih susu meluncur di atas jambatan dengan keadaan trafik yang agak sesak .. Kami bertiga berborak - borak mengenai tempat yang ingin dituju sebelum pulang ke kampus .. Kemudian sebuah kereta Proton Suprema memotong laju laluan kami .. 

Tiba-tiba kereta tersebut brek mengejut ..

" Mas, brek Mas " Ujar Elly yang berada di seat belakang ..

Sesaat mata aku memandang kereta proton tersebut yang berada lebih kurang 20 M dari kereta yang kami naiki ... 

" Ganggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg "

Aku bagai berada di awang-awangan , dengan asap yang memenuhi ruang hadapan kereta .. Aku rasa macam berada di alam lain je .. Mungkin saat itu aku dah meninggal .. Sesaat sahaja segalanya berlaku .. Sunyi sepi antara kami .. Aku melihat Mas di kerusi pemandu .. Diam tak terkutik .. Asap penuh .. Dada aku tiba2 terasa sakit .. Air bag tak berfungsi dengan baik, hingga mendorong aku terhenyak didashboard .. Untung sahaja bukan hentakan yang kuat ..

" Keluar-keluar, asap " Jerit Elly yang tiba2 bersuara dari belakang ..

Aku tersedar lalu segera membuka pintu kereta, namun langkahku untuk lari terhenti kerana seatbelt memaku aku untuk terus duduk dikerusi .. Segera aku meleraikannya lalu keluar .. 

Keadaan kereta tak payah kabooo , remuk habis .. Aku panik .. Dada yang sakit aku lupa, kereta remuk yang aku pandang, terlibat dengan kemalangan antara tiga buah kereta dan kereta kami merupakan kereta yang terakhir .. Agak menakutkan .. Mujur sahaja ada insan yang berhati mulia datang membantu dalam kesesakan manusia yang hanya mampu melihat dan berlalu tanpa menghulurkan sebarang pertolongan .. Semoga Allah merahmati saudara yang menolong kami tadi ..

.........................................


Saat kematian merupakan saat yang paling hampir dengan setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini .. Allahu Rabbi .. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang buat diri ini masih menghirup udara yang segar .. Syukur Alhamdulillah .. 


Ingatlah akan setiap nikmat waktu lapang dan nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan seketika kepada kita, sesaat sahaja Allah boleh mengambilnya kembali .. 

Terasa bagai mati hidup semula .. Alhamdullilah tiada luka parah yang kami alami .. Bersyukur tidak terhingga .. 

~ Setiap yang hidup pasti akan mati ~

Sejauh mana amalan kita sudah mencukupi ? Sentiasalah mengingati mati, agar kita tidak leka dengan hiburan dunia semata-mata ..

~ Aku bersyukur aku masih bernafas ~

Peringatan daripada Allah Swt



No comments:

Post a Comment