Aku dah ketagih menaip ni weyhhhhhhhhhh ....haha ..Menyusul nyusul entri baru ni bila idea dah bersemak samun dalam ladang pemikiran aku nih ...Al maklumlah baja aku kali ni mantoppp punya .. Ehhhh, lupa pulok ...
Assalamualaikum Wbt kengkawan yang dirahmati Allah SWT sekalian ..... Senyum syikett ... manisnya senyuman itu ...Ahakssss ..
Orait .. Entri kali ni aku nak coretkan tentang K . E . M . B . A . R . ...(mesti korang bace lambat2kan sebab nak ikut huruf tuh) haha ..Tak lawak pon sebenarnya ..Ade aku kesah ..hehe ..Yuhh !! About twins !!! Got twins? is it trouble or gift ??
Sebenarnya lah kan ade kembar ni terlalu seronok , or maybe i can say it as beronok- ronok..Yuh,truly ..Because of what i said like that ?? because i got twins .. We re pairs ..We created by God to take care each of us and share our life together..Wahhhh aku speaking lah ...terharunya..Sob2 ~ menitis ayo peluh !!! kuang2 ..
Okay..Right now im really miss him badly..Sob2.. Kau rindu aku tak wahai kembarku??? Jengjengjeng..haha..Aku tahu kau mesti rindu aku punya ..Bhaha ..(perasan sekejap) ..Okay, aku just nak share life aku dengan kembar aku nih..
Actually lah kan kitorang ni terpisah after a few month kitorang dilahir.. What??? Seriously ??? Yes,im talking the truth .. kesian kan aku,tapi tak pe ..Allah tukan sebaik2 perancang, maka segala pahit manis yang kita telah lalui tu adalah bingkisan terbaik yang Allah dah coretkan dalam lipatan hidup kita.. Must remember that..Lets continue back, orait aku dipertemukan semula dengan kembar aku bila upsr melabuhkan tirainya ..Bayangkan a few month lepas lahir kitorang terpisah and gather back after finish UPSR .. lama woww , lama mane , hang pikiaq ar sendiri ..
Okay,then aku sangat excited yang teramat sangatlah..Of courselah nyah, gila kau tak excited..Ade kembar kot..Tak semua orang dapat tau ..Firstly after back dari asrama (yelah nak ceita ni yang dulu aku pernah duduk asrama jugak) ..haha ..okay sambung balik.. Balik je dari asrama dulu,tup2 ibu aku bagitahu kembar aku dah balik semula dalam family kitorang ..Excited + tak percaya + wahhhhhhhhhhhhhh .... hehe.. Hari first tu aku malu2 nak tengok dia (cehhh,macam nampak pakwe pulok) ..Mestilah i kan gegurl u ollsss ..malulah mak nya oi.. Nak cabut tudung time tu yakin tak yakin je ..malu bewok( biawak dalam bahasa kuno lama) hehe .. Die pon macam usha aku semacam jekan ..Kot2 dia pon tak percaya aku ni kembar die ..haha..
Hari berganti hari , waktu beralih laju hubungan kitorang semakin rapat dengan erti kata yang lain kembarlah kan..Gelak tawa mengisi tiap sudut kekosongan yang bertapak dalam kamus hidup aku..Happy gila kot..Ade je cerita kitorang setiap hari ..Tak pernah rasa bosan walaupon cerita tu dok ulang banyak kali.. Seriously !! (aku tengah senyum ni kalau korang nak tahu) haha..Maklumlah mengimbas kenangan ..
Dalam hidup ni mestilah ade salah fahamkan , macam tu jugak kitorang .. haha , Jenis kitorang ni kalau gaduh tak bertegur ang muka masam.. tu je riaksinya tiap kali gaduh,tak pernah pon nak marah.. Aku rasa tak sampai hati nak marah kat dia,bila nak marah tu rasa maccam tersekat .. OMG ,adakah dia menggunakan minyak pengasih kat aku ??? haha , takdaklah..Gurau yoppp ..Thats lah we call the power of having twins ..kahkahkah .. Bolok deh aku ni..Ape lagi yang special sangat pasal " berkembar " ni?? .. Orait ..Kitorang ada telapati .. What is that ????? Ianya juga dikenali dalam bahasa inggerisnya sebagai instinct .. Yuh .. Instinct .. How power the word is ??? huh, lets me explain ..
Orait , when kitorang story mori kan pasal sesuatu cerita tuh , mesti kotorang akan " terclash " ayat yang sama .. atau dengan erti kata lain nak cakap benda yang sama ..Hebat tak ?? hihik ..Then kitorang selalu sakit sama2 ..Selalunya dia kena dulu dan aku membuntutinya..haha..Even time tuh aku kat kajang and dia kat jb kena gatal2 pon aku dapat jugak..Bila nak pergi sekolah aku kejut dia bangun..kitorang pergi sekolah jalan sam2(kadang2lah.tak selalu)hehe..aku ajar dia ape yang dia tak faham..Kitorang tangkap gambar sama2,ketawa sama2..Even kitorang berbeza personaliti tapi kitorang share satu benda yang sama, perasaan!!! yuh...thats right..Kitorang selalu share pasal perasaan sama2,dia tanya pendapat aku pasal perempuan,aku pulak tanya pendapat dia pasal lelaki..haha..cerita pasal impian kitorang bila besar nanti..Nak buat itu ini sama2..nak travel sama2...(Ya Allah,rindunya time ni)...Kelakar lakar lah bila fikir balik..Kelakar tak kawan2 semua ???? haha.. Cakap sorang rupanya aku ni ..
Nextnya time tuh malam raya 2011,time tu kitorang form 4 (memanglah takkan dia form 4 aku form 3 pulok.. But,there is one thing aku nak bagitahu jap ..Kitorang lahir pada tarikh yang berbeza and hari yang berbeza and tempat yang berbeza tau ..Betul ke?? Seriuos ni..Aku tak tipu, nampak tak aku nga angkat tangan nih ~ muka pelik ~ kuang2 ..betul ..Mulanya gini ibu aku plan nak lahirkan kitorang kat hospital jb , tapi tup kitorang dah berperang dalam perut tuh tak sabaq sangat nak tengok dunia nih..Naik lah ibu aku dalam ambulans .. ne no ne no ,Arghhhhhh sakit !! Anak saya nak keluardah ni -ibu aku cakap macam tuh..Yeke idok tuh aku pon tak tahulah..Tahan puan,Harap bersabar-kata nurse tuh.. Sakit dah ni-cakap mak aku lagi .. Dlam kelajuan ambulans membawa kami 3 beranak maka sampailah seru kembar aku terkeluar dulu kat mersing dalam ambulans ..Makanya tinggallah dia kat hospital mersing nu, pakcik drebar ambulans tu meneruskan lagi perjalanan menuju ke destiansi yeay iyeay ..ke hospital jb yang mak aku ni dok idam2kan ..Tapi tak sempat jugak,sebab aku sedang menari2 nak kuar jugak- mana aci kembar aku dah kuar ke dunia aku pon nak jugak...haha..Maka aku terkeluarlah di kota tinggi..Makanya tak tercapai jugaklah hajat mak aku nih nak melahirkan kitorang kat hospital jb...haha..kesian mak aku..Dasyat tak??? And kembar aku tuh lahir sebelum pukul 12 bertarikh 15/6 dan aku pulak tercampak ke dunia ni selepas pukul 12 bertarikh 16/6 ..Wahhh,tragisnya kisah aku dilahirkan ..haha) hah yang ni mencelah je okay ..
Sambung balik pada ayat yang berbunyi time tu kitorang form 4 (scroll up balik ke atas) ...malam raya tu biaselah berkumpul semua kitorang adik beradik dok kecoh2 kemaih2 umah..Aku pon rasa tak sedap hatilah yang amat ..so aku pon ceritalah kat dia,dia pon berguraulah dengan aku ..Dia cakaplah aku ni merapek je..Tup2 lepas takbir raya,maaf bermaafan,orang datang mai beraya kat umah kitorang pon baru pas balik dari jalan cari makan..Kebetulan jalan licin baru pas hujan .. Nak dijadikan cerita dia bawak skuter kaler merah macam apek jual surat khabar pakai tuh eksiden ..Gila tragis .. Nasib baik tak teruk ..Luka ringan jep,Habis seluar raya koyak rabak ..Hah,betapa hebatnya instinct aku tuh ..hehe..Tulaah yang aku nak cerita .. sebenarnya banyak lagi tapi takut korang bosan nak baca ..
Apa2pon aku rindu semua kenangan yang kita dah ukir bersama wad , terlalu berharga untuk aku padamkan dalam kotak ingatan aku ,kenangan kita bersama sentiasa tersemat kukuh dalam lipatan pemikiran aku..Mungkin sekarang kita dah jarang bersembang macam dulu, sebab aku pon dah belajar jauh..Walaupon ade kemudahan untuk aku call kau pon kita tak buat pon benda tu ..Aku tak tahulah kita ego ke apekan?Aku harap hati kita takkan terpisah..Walaupon jarak dan waktu memisahkan kita..hmm..Nah aku karang puisi untuk kau ..
Hadirmu menyuluh gelap anganku
Memberi sinar hala yang bakal aku tuju
Senyummu menyejukkan hangatnya mentari
Memadam api kebosanan yang bertamu
Engkau seakan bilah tabirnya kapal
Memberi laluan aku memukul ombak kepalsuan
Datangnya engkau dalam satu pertemuan
Membawa seribu satu keindahan
Jika dapat aku coretkan akan indahnya
Inci lakaran waktu yang kita lewati bersama
Betapa tidak ternilainya sebuah bingkisan itu
Rasa syukur aku panjatkan kepada Tuhan
Kerna mengurniakan kepada aku
Engkau sebagai " TEMAN"
Mungkin lepas ni jalan hidup kita dah berubah , tapi percayalah sayang aku pada kau tak pernah berubah..Aku pon harap kau macam tuh ..Andai suatu hari takdir memisahkan kita , percayalah segala kenangan yang pernah kita lakar bersama aku semat kukuh(siap aku paku and gerudi lagi kat dinding hati aku ni weyy).. walaupun terdelete tetap tersemat kukuh dalam recycle bin ..haha ..
Doa aku sentiasa berada dalam hela nafas kau..(walaupon nafas kau bau kambing)..haha
Mata aku sentiasa lihat segala gelagat kau..(walaupon mata aku lebih sepet dari kau)..huhu
Ingatan aku selalu putarkan kenangan bersama kau..(Walaupon banyak fail2 lain bersemak samun dalam memori otak aku)..hihi...
Aku harap kau sentiasa kuat untuk teruskan hidup..
Bangun andai kau terjatuh..
Bangkit andai kau tertidur ..(bangunlah weyhh,asyik tido je keje)..huhu
Mandi andai badan kau dah bau macam kerbau..
Makan andai kau lapar ..
Kerja andai kau takdak duit..
Tidur balik andai kau ngantuk..
Makan ubat kalau kau sakit..
Menangislah andai itu menyenangkan kau..(aku sentiasa ada kalau kau memerlukan aku,walaupon aku tak boleh nak bagi bahu,at least aku bagi nasihat) Aku kan baik..hehe (senyum hantu)..
~ SEKIAN ~
Itulah serba sedikit yang aku nak share kat korang semua tentang KEMBAR ..Ianya memang AWESOME beb !!!! ..
Hargailah insan yang berada disekeliling anda, kerana mereka butiran permata berharga yang Allah SWT hadiahkan kepada hambanya yang tidak dapat ditebus inci hayatnya...
Salam Kasih
dari
Secebisbingkisanhati
~ Aku mencoret atas pengalaman senjaku ~
begitu tragik n tragis story mory nya, T_T
ReplyDeletehaha .. yuh ..Life is journey so pasti ade perjalanan yang tragik kita akan lalui ..Just go on ..
Delete