Friday, 30 August 2013

Merdekakah kita???????? Tepuk dada,Tanyalah pemikiranmu wahai anak bangsa ~

Assalamualaikum Wbt dan Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia yang dirahmati Allah SWT sekalian ... Senyum syiketttt ~~ ..

Nampaknya lama juga aku tak update entri baru kat laman bingkisan hati aku ni , so hari ni jari jemari terasa riang nak menari di atas papan kekunci laptop ni..

Orait ~ Disebabkan hari ni merupakan hari kemerdekaan jadi aku nak sentuhlah serba sedikit mengenai kemerdekaan mengikut fahaman serta ideologi aku ..

Merdeka??? What is that???? Is it  a kind of stuff ? or just a word ?? Yuh maybe that is possible values ​​which are viewed by society today or maybe my perception is wrong??? Boleh semuanye bertanya pada diri sendiri .. Adakah kita hidup pada hari ini atas semangat perih juang insan terdahulu? Pernahkah kita mengkaji inci kedukaan mereka yang telah penat lelah menabur segala jasa demi tanah pertiwi yang berharga ini..Mungkin tidak ramai yang mengerti terutamanya anak bangsa yang lahir di zaman milenium ini..Hidup ditaburi dengan segala kebendaan hingga hati menjadi hitam untuk menghargai inci kepayahan serta kesulitan..Tanpa mengerti betapa bernilainya urat perpaduan .

Jika mata hitam ini dibuka tirainya
Apakan daya ingin aku berkata
betapa luluh hati ini seketika
Mengenang segala bait duka
Yang sedang ghairah bermaharajalela

Adakah kau mengerti wahai anak bangsa?
Melayu kita semakin hilang di dunia
Kehendak duniamu semakin nyata
Tanpa kau faham ertinya derita

Adakah aku silap meneka?
Atau kau mencetus bahana?
Tepuk lah sekuatnya dada
Agar kolotmu tiada tersisa

Bangkitlah wahai anak bangsa
Fahamilah sakitnya sensara
Bukan sewenangnya dirimu menjaja
Nilai Kemerdekaan yang mulia

Kerana terselitnya lembaran derita
Demi melihat kau nak bangsa 
Tidak terus terjaja
Dalam arus kekejaman yang nyata

Fuhhh!!! tengok tuh aku dah berpuitis yopppp.. Haha ..melayan perasaan jap (sambil dahi berkerut menaip nih) .hehe..Seriuosly im telling you all right now, lihatlah negara kita pada hari ini. Memang aku akui pembangunan yang telah kita kecapi hari bukan sahaja melambangkan betapa maju dan merdekanya kita,tapi adakah korang semua faham sejauh mana pulak majunya nilai perpaduan antara kita ..Mungkin ye kita memang bersatu padu,tapi adakah kita semua ade kesedaran insaniah yang tinggi ????

Tengoklah negara kita sekarang, setiap hari ade saje kes2 yang menerjah kewarasan kotak pemikiran kita ..Adakah harga sebuah nyawa itu semurah sebijik gula2??? Senang didapati,senang dicari dan senang dibeli?? Sewenangnya tangan hina itu membunuh tanpa perikemanusiaan yang menetap didada..

Pembunuhan, rompakan , rusuhan , rogol dan bermacam lagi masalah sosial terus terusan bermusafir di bumi kita tanpa mahu beredar pergi.. Saban hari kes macam ni terpapar gahnya di muka depan media massa..Minda kita sebenarnya masih dijajah !!! ye itulah kenyataannya..

Fahamilah wahai anak bangsa sekalian erti merdeka yang sebenar, agar kita menghargai setiap penat derita mereka yang telah bergadai nyawa bagi memastikan generasi kita tidak lagi hidup sensara..Tanyalah diri sendiri mahukah kita mengulangi segala peristiwa 13 mei? pencerobohan lahad datu?rusuhan kaum?..Fikirlah bahan yang bakal menimpa..Sekarang ni semakin majunya kita,maka semakin dekatlah kita dekat penjajahan melalui ideologi atau pemikiran kita..

Okaylah,aku pon tak nak nercoret panjang2 , nanti korang dilanda kebosanan pulak ..Apa2pon fikirlah dengan akal yang kudus,agar sinar itu engkau temui..Jauhilah nafsu kebendaanmu agar kau tidak dikaburi dengan kepalsuan dunia yang tidak berpenghujung ni..

Renung2kanlah wahai kengkawan semua..

SALAM KEMERDEKAAN BUMIKU MALAYSIA
SEKALUNG DOA AKU LINGKARKAN 
AGAR PADU DAN UTUH ITU
TETAP REDHANYA UNTUK KITA ..

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini mendapat keberkataan serta rahmat Allah SWT..Semoga bumi malaysia terus utuh atas bingkisan nama dunia.. Amin Ya RAbbal Al Amin..

SEKIAN~

Salam kasih
dari
bingkisan hati kecil ini ..

Salam Perpaduan semua !!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment