Sunday, 25 August 2013

Secebis coretan Untuk Si dia..

Assalamualaikum wbt ..Senyum syiketttt kengkawan semua...

Pertama kali sepasang mata ini melihat susukmu
Tak pernah sekeping hati ini rapuh padamu
Namun setelah  diri ini berkelana dibumi ilmu ini
Baru hati rapuh ini seringkali terpagut romanmu
Setelah sekiannya aku mencuba mengenalimu
Semakin aku sedar perih juang hidupmu
Engkau seakan bayang yang cuba mengejar jasad
Yang tidak bertuan
Romanmu mungkin teguh seperti utuhnya gunung kinabalu
Namun  sekeping hati milikmu rapuh seperti debu
Senyumanmu menutup seribu rahsia kesedihan
Yang tak mungkin engkau dapat kongsikan
Aku tahu engkau cuba terus tersenyum
Menutup segala penderitaan yang tak bertepian
Namun jauh di lubuk syahdu itu aku tahu
Engkau seringkali esak dalam tangis sendumu
Ingin sekali aku menyapa laramu
Namun aku takut dalam ketidakyakinku
Sirna matamu seringkali mencuit hati lara ini
Membuat diri ini ingin terus mendekati  dirimu wahai sang adam
Keperibadianmu telus  seikhlas senyumanmu
Membuat  aku  sedar diri kerdil ini perlu
Kuat melawan segala duri tusukan
Agar bahagia itu terus aku miliki
Mungkin jalan perih kita hampir serupa
Yang mungkin tidak semua juga dapat meneka
Segala duka yang aku jalani
Mungkin seringkali mereka melihat aku tersenyum gembira
Tanpa ada yang mengerti
Aku menangis hiba
Oh dunia …………..
Kadangkala aku merasa hidup ini penderitaan
Yang tak pernah berpenghujung
Namun aku juga sedar dalam sendu kegelapan
Ada satu titik sirna yang sudi menyuluh
Mentari hangatnya tuk menerangi gelap dunia
Hari demi hari
Semangatku semakin tegar bangkit
Namun kadangkala aku tersungkur menyembah bumi
Mencari masih adakah insan yang sudi menghulur
Setulus simpati…
Wahai Sang adam……….
Adakah engkau juga mengerti suara hati ini
Mengharap ada  secebis pengertian
Menunggu seperti pungguk merindukan bulan
Adakah aku hanya mengikut serakah hati??????
Tanpa aku mengerti nilai kasih yang kau beri????????????
Duhai angin terbangkanlah rasa rindu ini buatnya
Agar dia turut merasa inci telus syahduku
Sungguh rindu ini bertamu kerana dengan  izinNYA
Sungguh rasa yang bertandang  ini  kerana
Aku manusia yang dikurnia rasa cinta pada mu

Wahai sang adam ..


Salam sayang 
KaryaBelogSecebisBingkisanHati..                                              

No comments:

Post a Comment